JOGET-JOGET

Sunday, December 22

2nd Giveaway my resepi my way


dah lama tak kongsi resepi kan....
rumah lemak manis berasap sekali sekala je...
diet somi istri kononya...weekend bila balik kampung..
mmg ke laut la diet tue

mehhh mehh nak kongsi resepi wadai kepeng version banjar sempena nak join 
GA 2nd Giveaway my resepi my way by http://lipstikmerahyana.blogspot.com

nak join klik je icon comel lote chef di bawah ya...


Resepi Wadai Kepeng (kuih Puteri mandi version banjar )

Bahan-bahannya

1 cawan tepung pulut.
secubit garam
air secukupnya.
pandan tu blender skit..nak bagi warna cantik n bau wangi (baru menngoda nak makan)

Caranya :

masukkan tepung pulut dan secubit garam ke dalam satu bekas.
masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan bersama pes pandan ~ guna tangan sahaja.
adunan mesti diuli hingga jadi doh ~ kalau x melekat dah kat tangan kira ok la tu...
pastu bulatkan kecik² dan picit kat tenga  h# gentel2 sampai rupanya jadi  macam red blood cell shape






Untuk Bahan kuahnya pula :

1/2 ketul gula melaka/ gula merah pun boleh/gula biasa tu pun boleh. ( kalau gula merah..masakkan dulu, kemudian tapis)
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
sedikit gula ~ bole ditambah kalau nak lagi manis
sedikit garam

Caranya :

Masukkan gula melaka, santan, sedikit garam ke dalam periuk.
masukkan daun pandan ~ simpulkan
panaskan ~ buka api perlahan
agak panas ( jgn sampai mendidih ) masukkan tepung pulut yang sudah siap dibentuk tadi.
tunggu hingga tepung tadi terapung, bila terapung tepung pulutnya, ini menandakan wadainya sudah masak.~ api tu jgn kuat sangat...kecik2 je
Biar hingga mendidih dan jaga jangan sampai pecah minyak #nanti x sedap  (tip tue) 



#nak sedap lagi boleh letak beberapa ulas durian..yang ini su buat version gula biasa ..buat dengan kasih sayang bersama MIL n SIL :-)

tadaaaaa......



platting tak cantik tapi rasa sedapppp ooo....dah makan baru take picture
gitu la jadinya :-)

Tuesday, December 10

CINTA XXL

Bila abis je baca novel ni..tido malam tadi pun senyum senyum
Alahai indahnya kehidupan




Paling berkesan di hati isu anak...banyak kan mulut2 yang kata sebab xxl tu. Triple xxxl tu la lambat ada anak
Siap yang perli2 lagi...

Bab yang tang makan tu memang betul ya..dah banyak dah nampak orang kurus makan banyak..yang gemok ni tak de la makan banyak mana pun,,
Ishh sensitif ni...su su pernah ada orang yg perli2 kata orang yang badan gemuk macam bawak berbungkus-bungkus kampit beras..
Jawapnya say bye2 je laki gitu...kannn

Su su percaya pada "KUN FA YA KUN"
IN SHAA ALLAH

Jika memang rezeki..in shaa allah ada juga nanti

Tapi doa dan usaha kena gigih...capai berat ideal demi kesihatan dan bonus jika dapat rezeki zuriat :-)

Teruskan berdoa dan usaha lebih gigih...moga Allah makbulkan doa hamba yg di duga


Cinta xxl. tido pun dalam angau..peluk ketat-ketat teman sebantal size L..ehhhhh

Monday, December 9

YEAR END GIVEAWAY BY ANIS ATHIA

wahh cik adik si cantik manis anis athia aka pemilik blog ANISEMPOI berkongsi rezeki dgn blogger via YEAR END GIVEAWAY BY ANIS ATHIA
jom join...sempoi je GA ni..rugi tauu tak join

nak join..tekan laju laju kat blog ANIS_ATHIA ya :-)


Friday, December 6

Fahami Kitar Haid

lepas HSG hari tu period jadi  ting tong kenapa ya..geng2 TTC pernah macam ni tak..ishhh risau teman

mehh le kita  study semula kitaran haid ;-D
****************************************

Fahami Kitar Haid
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.






Hari 1-4


Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14


Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Sekiranya mengalami masalah haid tidak teratur, insyaAllah kita ikhtiar ya

******************************************

sumber dari  cik gugel

JOGET-JOGETLAH