JOGET-JOGET

Thursday, November 28

Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Wednesday, November 20

DIET ATKIN BOLEH ..TAPI??

Alhamdulillah bila su su amalkan diat atkin ni
ada penurunan sedikit...

hati kena cekal plus diri kena rajin..
pagi-pagi bangun kena masak..masak extra jenis ,,untuk bekal le tu

malam..balik keje kan lambat..sampai rumah pun dah gelap...

setelkan apa yang wajib dulu lepas tu bersilat la kat dapur....
kalau kat rumah adik lagi best...
ada geng berdiet..
so menu sama..
tu yang  rajin ke gombak

 antara menu diet atkin yang pernah cuba :-)
 resepi mudah diet atkin ..just perap ikan ngan lada hitam yang di blend halus..garam sikit ....kunyit buh skit je....pas tu grill ngan magic pan..letak olive oil skit


sayur bayam tumis ngan olive  oil dengan bawang merah n putih n cili.

dah siap

ni misi mengembekkkkkkkkkk,,,,,grill  n tumis je sayur tu

"TAPI"

lepas 2 minggu macam tu su su sembelit..terukk oo
seksa rasa

any tip? 

su su langar pantang makan buah..yes makan buah.....

so sekarang kena reinduction balik..
dah berapa kali re re re ni
RE INDUCTION

ada misi sebelum jumpa doc bulan depan
10 % dari berat sekarang

ISSHHHH................. USAHA KENA USAHA


Thursday, November 14

ZURIAT

sentiasa berdoa dan usaha.

moga doa dan usaha dimakbulkan ALLAH


Wednesday, November 13

TAK USAHA KE??

 wah dengar soalan pun berasap telinga kan....
ini kan la pula bila ada orang kata "mandul kot"...ni ada ya yg cakap..
ishhh kami tak mintak jadi begini....

jika tak lalui saat2 dugaan macam ni pun tak perlulah nak tanya orang dengan soalan macam tu...
ya,,ada orang rezeki dipermudahkan...

nak kawen...JODOH dah ada depan mata,,,
nak anak..plan2,,tup2 mengandung juga.....
itu REZEKI..REZEKI

bersyukurlah pada ALLAH ..jika segalanya dipermudahkan...
setengah orang mungkin di duga dengan ujian...
tidak perlulah tambah beban dengan soalan2 yang akan melukakan hati...

sekurang-kurangnya tidak dapat membantu...
SILALAH ringankan beban:-)

HIDUP ada  masa kita di atas,,,jangan lupa orang di bawah...
jika kita dibawah......bersyukurlah di saat kita di uji.....tanda ALLAH sayangkan kita..

yang penting DOA + USAHA





Tuesday, November 12

kempen HIJAU

kempen diri sendiri ni....
in sha allah untuk matlamat tabung HAJI juga,,

matlamat duit sen-sen dalam tabung sempena azam maal hijrah ..alhamdulillah positif...
boleh terus kan sampai tahun seterusnya...

sekarang  "TABUNG HIJAU"

kenapa pilih HIJAU?



Kenapa RM5 dan bukan yang lain?

Sebab duit hijau ini jarang kita dapat berbanding dengan duit RM10, RM1 atau RM50. Nilainya juga di dalam kategori “sederhana”, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi.

Jumpa sahaja duit berwarna hijau ini, terus simpan di dalam tabung.

Cuba amalkan selama 2-3 bulan, anda akan rasa seronok apabila melihat duit hijau ini semakin banyak di dalam tabung. 

dah penuh jangan guna tak tercapai matlamat nanti,,terus masuk dalam TABUNG HAJI...


Monday, November 11

DIARI DAN BUKU NOTA JALEN 2014

"tak de kicap jalen...
tak boleh makan"

sinonim dengan keluarga kami..nak makan mesti ada kicap  jalen..
nak makan nasi goreng,,mesti ada cili potong dengan kicap jalen....



jalen bukan hanya sekadar kicap..macam2 produk ada..nak lebih detail sila terjah website


jom my dear cantik manis semua..join ala-ala giveaway dari 

DIARI DAN BUKU NOTA JALEN 2014



 syarat yang simple:-)

*Blogger just follow blog 


*LIKE page JALEN MALAYSIA

*rajin-rajin jenguk website JALEN ..mana tau ada promosi..jimatt uu

apa tunggu lagi..hurry up terjah blog 










Monday, November 4

PETUA BAGI MENGHILANGKAN SAKIT GIGI

warrrhhh..sakit gigi..seksa oooo

rasa nak lempang2 je muka...

google2..jumpa petua ni

PETUA BAGI MENGHILANGKAN SAKIT GIGI

  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
  • Gunakan minyak cengkih. Letakkan sedikit minyak cengkih ke atas kapas dan letakkan di dalam gigi yang berlubang. 
  • Garam mengandungi zat sodium yang boleh membasmi bakteria pada gigi. Campurkan sedikit garam dalam segelas air suam dan kumur-kumur dengan air tersebut.

balik ni nak g jumpa doc gigi klinik gigi setia alam ..



amalkan juga doa ini..alhamdulillah ada rasa kurang sikit rasa sakit ngan plus makan panadol tadi...
dengan izin ALLAH...

yokk sape yg sakit gigi tu...boleh la usaha dgn baca doa ini




JOGET-JOGETLAH