JOGET-JOGET

Wednesday, October 30

Mini contest

isshh pucuk di cita ulam mendatang,,,eh betul ke pepatah tu..

dari hari tu nak order online..bila online banking yang selalu guna nak beli barang online tak boleh guna...
terus semangat nak shopping tu down..
nanti la bila cuti2 g settle  kan kat bank

jom join contest mini by CEERA

over xcited dengan warna kalerfull bra yang tengah glemer skang ni



jom join..

Cara penyertaan senang sahaja.



Cuma apa yang perlu adalah;


1 – ada link my blog – ceeranoh.com


2 – like fb ceeramoon


3 – like fb facebook.com/bra.love.bra


4 – letak gambar genie bra





DONE!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, October 29

Day 1# atkin

Start semula gara2 makan nasi..emosi x stabil
Bendera jepun
Makanya tekak ni langgar semua pantang

Menu first for second round





Resepi 5 minit..ikan ala atkin

Perap ikan ngan seulas bawang putih n lada hitam
Pas tu masak dgn pemanggang ajaib..x smp 5 minit dah masak

Sayur bayam tumis guna bawang n lada yg ditumbuk...
Letak skit je garam buat rasa..

Monday, October 21

ATKIN..BOLEH KE?

Ishhhhh..
dah sebati kan lemak2 manis tu..makin comelll..makin molattttt...

meh sini nak usaha kikis apa yang patut...cairkan jisim yang yang ada..
kita cuba method ni pula




seriusss nak cuba....

makanya hari ni start day 1.........

menu lunch...



tiuppp sikit aura rajin kat su su ya....FUHHHHHHHHHHHHHHHH
antara usaha TTC jugaa ni...
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
DOA
DOA
DOA
DOA
DOA
usaha
usaha
usaha
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::





Wednesday, October 2

HSG # DOA DAN USAHA UNTUK ZURIAT SOLEH DAN SOLEHAH

Dear all my friend...rakan seperjuangan TTC

doakan su su ya..wish my luck


...nebes jugak ni..tarik nafas dalam2

Apa itu HSG?
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.




Apa yang boleh dikesan oleh HSG?
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG
  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

 Komplikasi HSG

Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:

  • Pendarahan faraj
  • Luka pada serviks
  • Pengsan
  • Jangkitan kuman pada rahim
  • Alahan terhadap dye
  • Keputusan
Selepas ujian, doktor anda akan menerangkan keputusan ujian kepada anda. Ujian yang normal akan menunjukan tidak ada penyumbatan pada salur peranakan dan rahim berada dalam bentuk normal. Keputusan yang tidak normal menunjukkan samada salur peranakan tersumbat, terdapat parut dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal.

Selepas HSG

Sekiranya normal bermaksud anda tidak mengalami masalah dengan salur peranakan dan rahim. Doktor mungkin akan menyarankan ujian lain untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak kepada rawatan seterusnya seperti IUI.
Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.

Tuesday, October 1

alhamdulillah 30 + 1

ALHAMDULILLAH...

SYUKUR  30 +1 ..
tua sudah...

apa impian???????????apa nak tahun ni ....

ini yang saya pinta sangat...moga suami isteri  ISTIQAMAH..



JOGET-JOGETLAH