JOGET-JOGET

Showing posts with label TTC-ZURIAT. Show all posts
Showing posts with label TTC-ZURIAT. Show all posts

Monday, September 15

usaha TTC : self healing technique

Alhamdulillah
doa yang berterusan secara istiqamah
macam-macam usaha
pelbagai produk

su akan terus melangkah..in shaa ALLAH
terus ke depan
Alhamdulillah sahabat2 sekasut sudah naik pangkat tahun ni
seronok sangat melihat mereka
su percaya"Jika kita gembira dengan kebahagiaan orang lain..pasti suatu hari nanti bila tiba masa kita dikurniakan rezeki anak..mereka juga turut gembira berganda-ganda"


betul kan sahabat-sahabat

Alhamdulillah,berusaha dengan self healing technique
rasa damai sangat
moga ada rezeki kami untuk usaha ini
janji ALLAH itu pasti









Monday, August 18

mission TTC 2014

nampaknya
mission tu tak dapat start2 lagi

asyik la kantoi
itu sekadar alasan
nak seribu daya kan


hati kena cekal
kena kuat
jom start  semula
lepas syawal eh

Wednesday, August 13

Doa serta usaha TTC

tik tok
tik tok
tik tok

pejam celik..dah nak dekat 5 tahun kami bernikah
pahit manis..asam garam dunia pernikahan diharungi bersama
harap sangat pernikahan kami kekal sampai ke nafas yang terakhir
harap sangat sampai ke syurga

dah bertahun-tahun
rezeki rahsia ALLAH
in shaa ALLAH sampai masanya nanti
In Shaa ALLAH
doa dan usaha dengan sekuetnyaa



Semoga doa dan usaha ini akan dipermudahkan rezeki dari ALLAH..
hidup kena ceria....sebarkan aura positive...
dugaan ini ada hikmahnya kan kawan2...

KUN FA YA KUN

ALLAH dah rencanakan apa yang
Terbaik untuk kita

Monday, August 11

bukan 100 % atkin

Assalamualaikum
Apa ya diet Atkin ni..dah pernah buat dah
berjaya turun dulu,,ya dulu
tahun lepas kot..ni nak try balik


walaupun tak 100% atkin..tapi nak cuba juga buat Phasa 1 dulu
reinduction la kot .harap2 berjaya

tapi tapi tapi lecitin dan herb lax..su wajib amik..

  • herb lax untuk detox buang apa yang ada
  • lecitin nak cairkan lemak



seperti yang dikata bukan 100 % atkin la ni

Diet Atkins adalah sejenis diet di mana ia mengunakan lemak sebagai bahan pembakaran badan kita.. bukankah selama ini memang begitu?

Ya dan Tidak! Kenapa?

Kerana.. Apabila dalam badan terdapat lebihan jumlah karbohidrat, pembakaran itu lebih fokus pada  karbohidrat berbanding  lemak..

Diet Akins ini ada 4 phasa

Phasa 1: Induction
Phasa 2: Ongoing Weight Loss (OWL)
Phasa 3: Pre-Maintenance
Phasa 4: Lifetime Maintenance.

mehh la kita cuba ya..

Sunday, August 10

Mission 30 hari

Mission 30 hari katanya
Ada target
Harap2 berjaya

Mission kurangkan kg n inchloss
Mission TTC
Mission bersihkan kolam jiwa

In shaa Allah
Hari ni dah start ☺

Doakan saya berjaya
Mehhh nak nyanyi

Let it go
Let it go

Thursday, August 7

Doa dan Usaha tak pernah luntur




Banyak persoalan 
banyak kata kata
banyak memek muka

senyum je
tak perlu kata-kata

lagi beberapa bulan ke 5 tahun
segala pahit manis di harung bersama
in shaa ALLAH
doa dan usaha tak pernah luntur :-)




Friday, December 6

Fahami Kitar Haid

lepas HSG hari tu period jadi  ting tong kenapa ya..geng2 TTC pernah macam ni tak..ishhh risau teman

mehh le kita  study semula kitaran haid ;-D
****************************************

Fahami Kitar Haid
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.






Hari 1-4


Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14


Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Sekiranya mengalami masalah haid tidak teratur, insyaAllah kita ikhtiar ya

******************************************

sumber dari  cik gugel

Wednesday, November 20

DIET ATKIN BOLEH ..TAPI??

Alhamdulillah bila su su amalkan diat atkin ni
ada penurunan sedikit...

hati kena cekal plus diri kena rajin..
pagi-pagi bangun kena masak..masak extra jenis ,,untuk bekal le tu

malam..balik keje kan lambat..sampai rumah pun dah gelap...

setelkan apa yang wajib dulu lepas tu bersilat la kat dapur....
kalau kat rumah adik lagi best...
ada geng berdiet..
so menu sama..
tu yang  rajin ke gombak

 antara menu diet atkin yang pernah cuba :-)
 resepi mudah diet atkin ..just perap ikan ngan lada hitam yang di blend halus..garam sikit ....kunyit buh skit je....pas tu grill ngan magic pan..letak olive oil skit


sayur bayam tumis ngan olive  oil dengan bawang merah n putih n cili.

dah siap

ni misi mengembekkkkkkkkkk,,,,,grill  n tumis je sayur tu

"TAPI"

lepas 2 minggu macam tu su su sembelit..terukk oo
seksa rasa

any tip? 

su su langar pantang makan buah..yes makan buah.....

so sekarang kena reinduction balik..
dah berapa kali re re re ni
RE INDUCTION

ada misi sebelum jumpa doc bulan depan
10 % dari berat sekarang

ISSHHHH................. USAHA KENA USAHA


Thursday, November 14

ZURIAT

sentiasa berdoa dan usaha.

moga doa dan usaha dimakbulkan ALLAH


Wednesday, November 13

TAK USAHA KE??

 wah dengar soalan pun berasap telinga kan....
ini kan la pula bila ada orang kata "mandul kot"...ni ada ya yg cakap..
ishhh kami tak mintak jadi begini....

jika tak lalui saat2 dugaan macam ni pun tak perlulah nak tanya orang dengan soalan macam tu...
ya,,ada orang rezeki dipermudahkan...

nak kawen...JODOH dah ada depan mata,,,
nak anak..plan2,,tup2 mengandung juga.....
itu REZEKI..REZEKI

bersyukurlah pada ALLAH ..jika segalanya dipermudahkan...
setengah orang mungkin di duga dengan ujian...
tidak perlulah tambah beban dengan soalan2 yang akan melukakan hati...

sekurang-kurangnya tidak dapat membantu...
SILALAH ringankan beban:-)

HIDUP ada  masa kita di atas,,,jangan lupa orang di bawah...
jika kita dibawah......bersyukurlah di saat kita di uji.....tanda ALLAH sayangkan kita..

yang penting DOA + USAHA





Monday, October 21

ATKIN..BOLEH KE?

Ishhhhh..
dah sebati kan lemak2 manis tu..makin comelll..makin molattttt...

meh sini nak usaha kikis apa yang patut...cairkan jisim yang yang ada..
kita cuba method ni pula




seriusss nak cuba....

makanya hari ni start day 1.........

menu lunch...



tiuppp sikit aura rajin kat su su ya....FUHHHHHHHHHHHHHHHH
antara usaha TTC jugaa ni...
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
DOA
DOA
DOA
DOA
DOA
usaha
usaha
usaha
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::





Wednesday, October 2

HSG # DOA DAN USAHA UNTUK ZURIAT SOLEH DAN SOLEHAH

Dear all my friend...rakan seperjuangan TTC

doakan su su ya..wish my luck


...nebes jugak ni..tarik nafas dalam2

Apa itu HSG?
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.




Apa yang boleh dikesan oleh HSG?
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG
  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

 Komplikasi HSG

Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:

  • Pendarahan faraj
  • Luka pada serviks
  • Pengsan
  • Jangkitan kuman pada rahim
  • Alahan terhadap dye
  • Keputusan
Selepas ujian, doktor anda akan menerangkan keputusan ujian kepada anda. Ujian yang normal akan menunjukan tidak ada penyumbatan pada salur peranakan dan rahim berada dalam bentuk normal. Keputusan yang tidak normal menunjukkan samada salur peranakan tersumbat, terdapat parut dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal.

Selepas HSG

Sekiranya normal bermaksud anda tidak mengalami masalah dengan salur peranakan dan rahim. Doktor mungkin akan menyarankan ujian lain untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak kepada rawatan seterusnya seperti IUI.
Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.

Thursday, September 12

DOA DAN USAHA

ALHAMDULILLAH...

ya jika ada yang tanya2...
"eh tak ada lagi"
"apasal ko ni susah sangat nak mengandung"
"dah lama kan,,tak ada lagi"

cepat2 ucap dalam hati "ALHAMDULILLAH"
su su dah practice...berjaya..
berjaya buat hati ini tenang...

ALHAMDULILLAH..di pilih untuk terima dugaan ini..
IN SHA ALLAH..janji ALLAH itu kan pasti..
akan sampai rezeki zuriat untuk kita pada masa yang ALLAH janjikan


teruskan berdoa



dan usaha ..usaha sekuetnyaaa ;-)




Monday, September 12

treatment TTC

sekarang kami buntu....
tak tau nak buat yang mana dulu......
setakat ni masih menjaga makan...
semua pantang (tapi kadang2 su pantang nampak)
tapi bigboss yg selalu remind....(kalau kat umah orang dia buat isyarat mata @ ehemm2)
musim raya ni lagi la kan...
tapai
air gass
ishhhh semua yg tak elok tu nampak sedap je kan,,,,,
nenas..
air tebu
durian.....(kadang2 rasa penat..rasa nak bedal je semua tue)

kami suami isteri dah discuss....
buat list .....

treatment with gynea (Dr Adilah)
traditional
darul shifa
urut

...

apa2 pun yang penting usaha n doa.....

amalkan doa.......
insyaALLAH akan samapi rezeki untuk kita nanti...amin

Sunday, August 14

rezeki

“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama”
 Maksudnya:
“Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa“

---if ada salah ejaan sila betulkan ya kawan2


Rezeki merupakan salah satu rahsia Allah kan. Ia tidak boleh difikirkan oleh akal manusia seperti kita. Seringkali rezeki datang tanpa kita merancangnya.....betul tak..kadang-kadang kita tak sangka pun masa tu kita akan dapat rezeki itu. Itulah yang disebut dengan rezeki tidak disangka-sangka.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya," (Surah Ath-Thalaq ayat 3)

"YA ALLAH...kubermohon murahkan la rezeki kami dengan anugerah zuriat yang akan menjadi syafaat untuk kami...amin"

Thursday, August 11

mari amalkan doa mohon murah rezeki

Wahai ALLAH rahmati dan kurniakanlah...
kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah
dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami
dan menjadikan baiknya akhlak kami
dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya... (ulang 2 X)

*************************************************************
alhamdulillah..dikelilingi hidupku dengan orang yang baik.....
doa ini diberi oleh mak saudara,,,,
insyaallah akan diamalkan

JOGET-JOGETLAH