Dear all my friend...rakan seperjuangan TTC
doakan su su ya..wish my luck
...nebes jugak ni..tarik nafas dalam2
doakan su su ya..wish my luck
...nebes jugak ni..tarik nafas dalam2
Apa itu HSG?
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan
rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan
gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan
disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan
seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar
radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan
anda.
Apa yang boleh dikesan oleh HSG?
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan
pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan
pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan
saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip
dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang
pelvis
HSG dan kehamilan
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan
rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG
kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur
peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi
hamil selepas HSG.
Prosedur HSG
- Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
- Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
- Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
- Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
- Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
- Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk
berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada
perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk
menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.
Komplikasi HSG
Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:
Komplikasi HSG
Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:
- Pendarahan faraj
- Luka pada serviks
- Pengsan
- Jangkitan kuman pada rahim
- Alahan terhadap dye
- Keputusan
Selepas ujian, doktor anda akan menerangkan keputusan ujian
kepada anda. Ujian yang normal akan menunjukan tidak ada penyumbatan pada salur
peranakan dan rahim berada dalam bentuk normal. Keputusan yang tidak normal
menunjukkan samada salur peranakan tersumbat, terdapat parut dalam rahim atau
bentuk rahim yang tidak normal.
Selepas HSG
Sekiranya normal bermaksud anda tidak mengalami masalah
dengan salur peranakan dan rahim. Doktor mungkin akan menyarankan ujian lain
untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak
kepada rawatan seterusnya seperti IUI.
Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.
Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.
Semoga usaha sis dipermudahkan Allah..Amin..
ReplyDeleteterima kasih nuriz....
Deleteamin
Hai Su... pelikkk... akak tak folo blog Su??? hihihi... cemna bule tak folo nih???
ReplyDeletekekda,,,,awat tak folo ni,,,geget kang,,,folo molo ya...
Deletefollow me
bila su nak wat HSG? kat hospital mana? sue doakan semoga semua nya berjalan lancar.. sue dlu banyak tul cabaran..hahahha...
ReplyDeletesu.....kite wat sama ngan awak..kat HKL....ari isnin ..kelmarin buat
Deletethank tau,,
gudluck sis =)
ReplyDeletethank dear
Deletein sha Allah..semoga doa dimakbulkan oleh NYA, teruskan berdoa & berusaha..pasti kan ada hasilnya ;-)
ReplyDeletethank wiyah..in sha allah..kita berdoa n usaha.. moga ada hasilnya
Deletekenapa muni xnampak update dr su ek? padahal dah letak link --muni
ReplyDeletemuniii...nape ye gitu..td su tgk kat blog muni..last su update 9 bulan lepas..cer muni remove n add balik link su
DeleteMJ baru je buat HSG 31/10/2013 :)
ReplyDeleteAda dikongsikan di entry MJ pasal HSG ni :D